Khamis, 6 Februari 2014

PROJEK Ps 2014

2014, Masuk bulan Feb, pelan pemasaran untuk 'pianse photography' (Ps) berjalan agak perlahan. Hal ini mungkin kerana masa yang diperuntukan untuk merancang dengan lebih teliti perjalanan perniagaan ini agak terhad, terhad kepada waktu malam dan hujung minggu (itupun kalau tiada hal penting untuk diuruskan). Walaupun begitu, sya masih tekad untuk membangunkan perniagaan ini sehingga ianya berjaya. Keinginan untuk keluar daripada takuk makan gaji semakin kuat, demi keluarga dan masa depan yang lebih terjamin. Serba sedikit berkenaan 'Pianse Photography', ia adalah satu perniagaan berasaskan fotografi perkahwinan. Fotografi perkahwinan di Sabah dipelopori otai-otai photographer yang jauh lebih pakar & berpengalaman daripada sya, persoalannya kenapa sya ingin masuk kedalam bidang yang sudah ada big player? pernah dengar 'blue ocean stratergy'?, kerana konsep ini telah membuka mata sya bahawa peluang memasuki pasaran fotografi perkahwinan masih terbuka luas di Sabah. Mengikut kajian sya terdapat lebih kurang 12-13 Wedding Photography yang unggul di Sabah, itupun terhad kepada lokasi kota-kinabalu hingga ke Tuaran,dan pasaran mereka adalah pasangan yang berbajet besar untuk wedding fotography, so.. siapa yang akan ambil pasaran yang kecil-kecil?. Disinilah 'pianse photography' memainkan peranannya. Daripada pengalaman sya selama bergerak solo mahupun berkumpulan dalam wedding photography, terdapat ramai freelance photographer diluar sana. Mereka masing-masing menawarkan perkhidmatan yang murah dan bagus. Oleh itu sya ingin membezakan Ps dengan mereka melalui pakej-pakej/ produk-produk yang sya sediakan. Insha Allah, sya akan perkemaskan pelan pemasaran Ps supaya ianya boleh beroperasi dengan segera, dan beroperasi dengan lancar.

0 ulasan:

Catat Ulasan